LEMAN
Berdebar - debar rasa hati Leman apabila hendak naik
kerumahnya. Entah apa leteran isterinya kali ini. "Ayang ni kain batik yang
ayang pesan tadi .” kata Leman pada isterinya Leha. Leha mengambil kain tersebut dan bertanya. "Abang beli berapa helai ? “ Tanya Leha. "Ala …Abang beli sehelai je…”Leha membelek kain batik yang dikirim pada suaminya dipasar minggu.
"Abang?!” Jerit Leha..”Kenapa abang beli kain batik
ni sehelai je?
"Kain ni cantiklah .. Belilah dua atau tiga helai..Kan saya dah pesan.. kalau kain batik yang nak dibeli ni cantik belilah banyak sikit!!
”Kata Leha dengan perasaan geram.
"Abang manalah tau kain batik ni cantik di mata Leha .. Nanti kalau kain batik
ni tak cantik abang beli banyak, Leha bising juga, kenapa beli banyak. Itu pasal abang beli sehelai je .” Jawab Leman. “Abang kahwin dengan Leha
dah berapa tahun?!” Takkan masih tak tahu kain batik yang Leha suka macamana !!”
Leha mula membebel dan bebelannya itu
sampai tak terdengar – dengar ditelinga
Leman. Leman hanya berdiam diri dan terus keluar meninggalkan rumahnya kerana dia tidak mahu bertengkar dengan Leha disebabkan
hanya sehelai kain batik.
Leman mengayuh basikalnya dengan laju menuju ke surau dihujung
kampong. Disitulah dia selalu
bertandang sejak sepuluh tahun yang lalu apabila dia hendak sembahyang berjamaah dan bertengkar dengan Leha. Leman hanya
mampu mengalirkan air mata kerana isterinya itu bukan calang orang juga..Dia
ada tali pinggang hitam..kalau tak dah lama kena penampar siamnya ".Hei?!”
Aku dah hilang sabar ni!!!Aku sudah bersabar dekat sepuluh tahun dengan perangai nya itu .” “Aku mesti
cari jalan nak ajar dia cukup-cukup
..sebab kuat sangat berleter , tetapi apa caranya.. Aku benci la!! ” Benak
fikiran Leman tak habis-habis memikirkan
cara menangani isterinya yang
kuat berleter itu.Belum pun Leman sempat mengambil air wudhu’ Leman berpatah
balik kerumahnya itu kerana ia mendapat satu idea jahat memasuki benak
fikirannya. "Apa nak jadi-jadilah kali ini!!” Hatinya berkata.
Keesokkan harinya pada sebelah pagi Leman mengajak Leha ke
hutan untuk menemaninya mencari kayu api. "Abang?! Apahalnya tak
pernah-pernah bawa Leha ke hutan teman abang cari kayu api??”Tanya Leha
kehairanan . " Abang sunyi dalam hutan ni..Jadi abang bawa Leha untuk temankan abang..nak ajak anak, kita tak ada anak..jadi
abang bawa Lehalah.”Jawab Leman dengan selamba. Leha terdiam mendengar
penjelasan suaminya itu.
Perjalanan menuju ke
hutan pagi itu agak sukar kerana malam tadi hujan turun dengan
lebatnya.Sesekali Leman dan Leha melompat
kekiri dan kekanan untuk mengelak lopak air yang bertakung. "Dah
sampai ni Leha..Leha tunggu sini biar abang cari kayu api”Leman memberi arahan.”
“Tunggu tepi perigi buta ni..Eee Leha takut la..”Leha bertanya sambil
ketakutan. "Ala
apa nak ditakutkan bukan ada apa dalam perigi buta tu!!”.Bentak Leman . Leha
terdiam dan memerhati suaminya mengutip
ranting-ranting kayu yang jatuh untuk dijadikan kayu api.
Kayu api telah penuh dalam pautan Leman dan Leman menghantar
kayu api tersebut ke tempat Leha menunggu untuk dikumpulkan. Leman senyum pada
Leha yang duduk di bibir perigi buta.Leman yang telah dipengaruhi iblis menghampiri Leha dan
menolak tubuh Leha dengan sekuat
hati dengan hati penuh kebencian ke dalam perigi buta.”Tolong Leha bang..aaaa!!!jerit
Leha.Sayup-sayup bunyi jeritan meminta tolong dalam perigi buta,Leha menangis
“apa salah Leha bang??!!!” Tetapi tangisan dan jeritan itu
tidak diindahkan oleh Leman.Langsung tiada rasa belas kesihan di hati Leman
walaupun isterinya telah banyak berbakti
kepadanya.
"Huh!! Puas hatiku ..Ha!!Ha !!Ha!!. Nak berdepan pasti aku
kecundang..Masa peringkat sekolah dulu
berapa kali dia menang Tae Kwando” Bisik hatinya sambil tersenyum puas. Leman terus meninggalkan Leha dalam perigi
buta seorang diri .Apabila Leman sampai dirumahnya barulah timbul rasa
penyesalan tak terhingga hadir di hati Leman. Leman menangis sekuatnya kerana
rumahnya kini sunyi tanpa leteran isterinya.Barulah dia sedar selama ini
isterinya banyak menabur bakti kepadanya dan kesilapan yang dilakukan hanyalah
sedikit berbanding dengan bakti yang telah diberikan. "Maafkan abang
Leha..Maafkan abang Leha !!!”Jerit Leman .Leman meronta –ronta seperti orang
tidak sedarkan diri.Leman menghentikan tangisannya dan dia berfikir sejenak
apakah yang perlu dilakukan sekarang. "Hiss?! Kalau aku beritahu orang
kampong untuk meminta tolong sudah tentu aku malu dan kalau isteri aku mati
pula sudah tentu jadi kes lain...Baik aku pergi balik perigi buta tu..Kot Leha masih hidup.” Fikirnya.
Tanpa berlengah Leman mencapai tali pengikat kayu didinding rumahnya beserta
kapak dan terus berlari laju menuju ke
hutan untuk mengambil isterinya.Setelah tiba di perigi buta Leman
memanggil isterinya. "Leha!!!!!” " Leha!!!!”Jerita Leman memanggil isterinya itu memecah
kesunyian hutan pada pagi itu. "Leha!!!”Leman mengulang panggilannya.Tetapi tiada sebarang jawapan pun kedengaran. Ya Allah!! "Mungkinkah
leha telah…….. Ya Allah Selamatkan Leha”
bisik hati Leman . Leman mengulangi memanggil isterinya. Kali ini barulah Leman mendengar jawapan
isterinya."Abang tolong Leha bang?!!!Leha takut!!! Leman terus melemparkan
tali yang dibawa ke dalam perigi buta“Leha tali ni kalau dah sampai pada Leha
tolong pegang kuat-kuat nanti abang tarik Leha keluar!!.”Leman memberi arahan
kepada Leha. "Baik bang !!!”jawab Leha.
Dengan penuh harapan Leman menarik tali yang telah
dilemparkan ke dalam perigi buta. Tetapi Leman hairan kenapa sungguh berat bebanan
yang ditariknya. Setahu Leman berat isterinya tidaklah seberat yang dirasanya
sekarang. Leman dengan sehabis tenaga menarik tali itu. Tiba-tiba satu lembaga yang ganjil keluar dari perigi
buta ,badannya cukup besar hitam berbulu,kaki dan tangannya kurus serta berjari
tajam. Matanya merah dan besar terbeliak .Bermulut besar serta giginya tajam.Berambut panjang serta
jarang.Dengan suara yang garang lembaga itu berkata "Hei manusia?! Siapa kamu dan siapa yang berada
dalam perigi ini!!.”Leman dengan penuh ketakutan dengan seluar basah dipenuhi
air kencing yang dia sendiri tidak menyedari bila keluarnya menjawap. "Saya
Le..Leman yang dalam perigi tu is.. isteri saya. “ Jawap Leman ketakutan. "Isteri??”kata
penunggu perigi penuh kehairanan.Kalau betul dia isteri kamu berapa lama kamu
telah kahwin??”tanya penunggu perigi. "Sudah sepuluh tahun.” Jawap leman
dengan menggigil. "Sepuluh tahun!!” lagi penunggu itu kehairanan. Leman
menyedari penunggu perigi itu kehairanan.Tetapi kenapa pula lembaga itu
kehairanan? Bisik hatinya, Lalu Leman memberanikan diri bertanya kepada penuggu
perigi dengan menggigil. "Ke..Kenapa kamu hairan wahai penunggu??” Aku hairan sebab macamana kamu boleh hidup bersama
dengan isteri kamu selama sepuluh tahun?”
"Aku terima isteri kamu baru
beberapa jam dalam perigi ini.Aku tak
boleh tahan dengan leteran dia..macam-macam dia maki dan kutuk aku.” " Dia
kata aku busuk..Pemalas gosok gigi..Gigi aku kuning dan busuk..Dia suruh aku gosok gigi dengan Colgate dan macam-macam lagi leteran dia. Akhirnya aku geram dan satu
penampar aku beri !! Lalu dia pengsan. Sebab itu masa kamu panggil dia tak jawap”. Jelas penunggu perigi.
Dengan keadaan marah
penunggu perigi tersebut pergi meninggalkan Leman yang ketakutan begitu
saja.Setelah lembaga itu hilang , Leman terus mengeluarkan isterinya dari
dalam perigi.Leman terus memohon maaf pada Leha dengan nada penuh penyesalan
"Abang minta maaf Leha..Abang dah buat salah pada Leha ..Abang hilang sabar sebab Leha kuat
sangat berleter!!” "Abang “ Jawab Leha.
Walaupun belum sempat Leman habis
berbicara. Leha dengan nada sayu dan deraian air mata lalu berkata " Leha juga bersalah dalam hal ini . Leha
tidak sepatutnya memarahi abang,kutuk abang, tengking abang.. sebab abang suami Leha,Leha tidak patut kata
begitu pada abang.Maafkan Leha abang..maafkan Leha.”
Setelah mendengar permohonan maaf dan penyesalan daripada
Leha Leman bersyukur pada Allah kerana telah menyedarkan isterinya. Lalu
mereka berdua masing-masing memohon maaf
dan saling memaafkan antara
mereka.
Sedangkan mereka
bermaafan tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara gelak yang nyaring serta
menakutkan di dalam hutan.Lantas Leha
menjerit memanggil suaminya. "Abang !!!” penunggu perigi tu bang!!!”Leman pun terkejut apabila
penunggu perigi itu muncul semula. Penunggu perigi itu pun berkata "Hang dengan suami,Hang minta maaf.
Dengan aku ni Hang kutuk macam-macam tak ada minta maaf no..tak pa..tak
pa..!!”Leha hanya terdiam kaku tiada
memberi sebarang jawapan.”Penunggu perigi itu terus menghilangkan diri. Lalu
Leman dan Leha pun beredar dari situ, semasa dalam perjalan pulang itu Leman
pun bergurau dengan Leha "Hantu itu
tadi orang utara.” Mereka pun gelak terbahak-bahak Ha!!Ha!!Ha!!
Selepas kejadian itu kehidupan mereka berdua berubah
sepenuhnya,kini mereka lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata sulung
mereka.
-
















